Empayar Utmaniah

Empayar Utmaniah

Monday, July 5, 2010

Penubuhan Universiti dan Sekolah


Penubuhan pusat pendidikan Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad lagi apabila sekumpulan sahabat nabi tinggal di masjid dan menumpukan masa dan tenaga mereka kepada ilmu pengetahuan khasnya berkaitan dengan agama. Selepas itu lahir pula sistem kuttab di mana kanak-kanak diajar membaca dan menulis bersama dengan pelbagai ilmu yang berkait dengan al-Qur’an dan al-Hadith. Sistem pendidikan berkembang dan berpusat di masjid.

 Sehingga abad ke 4H, berlaku satu perubahan besar di Naisabur apabila sistem madrasah diperkenalkan di perkarangan masjid. Sistem ini akhirnya bergerak maju sehingga beberapa buah institusi pendidikan tinggi diperkenalkan seperti di Nizamiyyah, Qairawan dan al-Azhar di Mesir. Kemajuan pusat pendidikan tinggi ini juga menggambarkan kemajuan ilmu pengetahuan yang ada pada masa itu.

Perdagangan Antarabangsa

Peranan perdagangan antarabangsa memainkan yang besar dalam memajukan tamadun Islam melalui pelbagai cara. Perkara ini juga didorongkan oleh kewujudan kota-kota besar Islam. Dengan cara perdagangan luar, pedagang Islam yang berdagang bukan sahaja membawa balik pelbagai bahan dagangan tetapi juga pelbagai ilmu baru sama ada dari negara China, India dan Timur Jauh. Golongan pemodal amnya juga berusaha membaiki keluaran mereka dengan teknologi terkini. Sehubungan dengan itu, perdagangan juga telah menggalakkan teknologi pembinaan kapal yang merupakan alat pengangkutan terpenting pada ketika itu. Melalui perdagangan juga, pelbagai ilmu baru berkembang pesat seperti ilmu geografi, astronomi dan pelayaran.

Peranan Para Sarjana

Layanan yang istimewa telah diberi kepada para ilmuan merupakan satu pemangkin utama kepada kemajuan pelbagai bidang ilmu. Bani Musa misalnya hidup senang semasa di zaman Baghdad. asas terutama dari segi kewangan di akademik sekolah, perpustakaan, rumah sakit dan balaicerap membolehkan para sarjana menumpukan kepada pembangunan dan penyelidikan dalam sains teknologi. Perbelanjaan yang banyak digunakan oleh al-Ma’mun bagi mengupah sarjana dalam mengumpulkan bahan dan manuskrip, menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab telah menambahkan khazanah di Baitul Hikmah.

__________________________________
Esa Khalid.2001.’Konsep Tamadun Islam’: Universiti Teknlogi Malaysia, hlm 36

Peranan Pemerintah

Selain faktor sebelum ini yang teah dibincagkan tadi peranan pemerintah juga memainkan faktor peranan yang penting dalam memajukan tamadun Islam. Kecintaan mereka terhadap ilmu pengetahuan seperti yang ditunjukkan oleh al-Walid b. Abdul Malik di zaman Bani Umayyah, Umar Abdullah al-Ma’mun di zaman Abbasiah dan Abdul Rahman al-Nasir II pada zaman Umaiyah di Andalus. Mereka telah memainkan peranan masing-masing sehingga pelbagai ilmu berkembang dengan pesatnya. Istana khalifah pada masa itu menjadi tumpuan ilmuan Islam dan non-muslim untuk membincangkan segala penemuan baru. Dalam usaha menggalakkan perkembangan ilmu, mereka juga diberikan pelbagai insentif untuk memajukan lagi bidang ilmu yang ada. Secara ringkasnya para ilmuan tidak perlu melakukan kerja sampingan hasil dari dorongan ini dan keadaan ini sangat membantu mereka meneruskan usaha sehingga berjaya.
Dalam membantu usaha dalam perkembangan ilmu pihak pemerintah telah mendirikan berbagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan seperti sekolah, perpustakaan, balaicerap dan berbagai institusi ilmu. Salah satu contoh, Baitul Hikmah yang ditubuhkan di Baghdad pada zaman al-Ma’mun (198H/813M) memberi sumbangan besar dalam menterjemahkan karya ilmiah falsafah ke dalam bahasa Arab.
__________________________________________
Esa Khalid.2001.’Konsep Tamadun Islam’: Universiti Teknlogi Malaysia, hlm 33-35




Batul Hikmah tidak sekadar menjadi pusat penterjemahan malah juga sebuah perpustakaan dan pusat penyelidikan terkenal pada masa itu. Semasa kerajaan Fatimiyah (297-567H-1171M) wujudnya Darul Hikmah iaitu sebuah perpustakaan tempat pertemuan para sarjana dalam berbagai ilmu. Mereka juga telah menubuhkan universiti al-Azhar pada tahun 970M. Selain dari sekolah, universiti, masjid juga berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu dan kebudyaan Islam. Begitulah juga balaicerap adalah penting sebagai pusat perkembangan sains dan teknologi Islam terutama berkaitan dengan astronomi.

Peranan Bahasa Arab

Bahasa Arab menjadi bahasa pentadbiran di seluruh daerah. Bahasa Arab juga menjadi bahsa ilmu pengetahuan falsafah dan diplomasi. Pada ketika itu, beberapa bahasa seperti bahasa Latin, Qibthi dan Siriac kelihatan hilang penggunaanya.

Integrasi terjadi juga dalam bidang kebudayaan dan tamadun. Kebudayaan dan tamadun yang berada dari Sepanyol hingga ke India dan dari Sudan hingga ke Kaukasus adalah kebudayaan dan tamadun Islam dengan bahasa Arab sebagai bahasa pengahantarnya.

Kemajuan tamadun Islam pada zaman ini tidaklah tejadi dengan sendiri atau secara kebetulan, tetapi melalui suatu proses yang cukup panjang dan banyak faktor yang membawa kepada kemajuan itu. Boleh dikatakan bahawa, pada zaman inilah tamadun Islam mencapai puncak kegemilangannya. Hal ini, antara lain kerana ajaran Islam sendiri yang dijiwai dan memberi gerak yang cukup luas bagi pemeluknya untuk mengembangkan pemikiran dan melakukan kegiatan ilmiah.

__________________________________________
Esa Khalid.2001.’Konsep Tamadun Islam’: Universiti Teknlogi Malaysia, hlm 31




Bahasa Arab juga merupakan bahasa ilmu bagi penduduk antara kota Baghdad dan Kordova yang menggantikan bahasa Yunani, Latin, Kibti dan Aramaic. Bahasa Arab telah menjadi bahasa sains dan teknologi serta kebudayaan Islam terutama pada awal pemerintah Bani Umaiyah. Keupayaan bahasa Arab begitu mengkagumkan yang membuka peluang bagi orang Islam sendiri menambah perbendaharaan dan istilah-istilah saintifik dan teknologi. Sesetengah istilah itu masih wujud hingga ke hari ini. Bahasa Arab juga telah menjadi bahasa rasmi kerajaan Islam. Dengan penggunaan ini telah membantu meluaskan lagi penggunaannya hingga ke luar negara.

Ciri - Ciri Tamadun Islam

Namun dalam pokok persoalan perbincangan ini terarah kepada faktor kejayaan tamadun Islam pada abad 8 hingga 12 Masihi iaitu:
i. Agama Dan Kesepaduan ilmu Dalam Islam
ii. Peranan Bahasa Arab
iii. Kestabilan politik
iv. Peranan pemerintah
v. Peranan Para Sarjana
vi. Perdagangan Antarabangsa
vii. Penubuhan Sekolah dan Universiti
viii. Gerakan perterjemahan

Melalui faktor - faktor yang diberikan, sekarang kita akan membincangkan beberapa dahulu faktor yang telah disenaraikan untuk dirangkumkan. Ini adalah sebenarnya sebuah gambaran kasar dalam membincangkan faktor kejayaan tamadun Islam itu sendiri. Bagaimana ianya boleh berkembang menjadi sebagai salah satu tamadun yang maju pada waktu itu. Tiada tolok banding dengan tamadun lain yang wijud pada waktu itu. Ianya lengkap dalam erti kata sempurna melalui kehidupan dan tadbir urus sosial.
_________________________________________
Pembahagian ini adalah hasil penyelidikan Nasir bin Ripin seorang sarjana dalam bidang falsafah dan tamadun Islam


Agama Dan Kesepaduan ilmu Dalam Islam

Wahyu secara langsung, iaitu al - Quraan, kitab - kitab dan suhuf - suhuf para Nabi ( tamadun yang berteraskan akidah Tawhid pada zaman awal). Manakala wahyu secara tidak langsung ialah al - Sunnah. Wahyu ini bertindak sebagai sumber tamadun dalam dua dimensi. Pertama, al - Quraan dan al - Sunnah sebagai penggerak buadaya ilmu boleh diterangkan secara berikut:
Melalui sumpahan tentang kepentingan ilmu. Dapat dilihat dalam surah al- Alaq ( 96:1 )yang maksudnya: “ Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. Surah al - Qalam (68:1) yang maksudnya: “ Nun. Demi qalam dan apa yang mereka tulis”. Surah al- Thur ( 52:1,2,3) yang maksudnya: “ Demi bukit Thur. Dan kitab yang ditulis.Pada lembaran yang terbuka”.

Peranan Bahasa Arab
Pada zaman Bani Umaiyyah memerintah bahasa Arab digunakan hanyalah pada peringkat permulaan. Tidak semua daerah - daerah yang berada dibawah naugan Islam menggunakannya. Tetapi apabila Bani Abbasiyyah berkuasa, bahasa Arab secara rasminya menjadi bahasa negara.
__________________________________
Ibn Abi Ushaibah. 1965.’ Uym al- Anba ‘ fi Tabaqat al- Atibba’. Bairut: Dar Maktabah Hayah,hlm 260.

Sekitar Peristilahan Tamadun

Pelbagai istilah digunakan dalam member takrif tamadun oleh para sarjana. Antaranya, tamadun dimaksudkan dengan hadharah, iaitu keadaan kehidupan yang berada pada tahap maju. Lawanya ialah badawah yang diertikan sebagai hidup mundur. Badawah adalah kehidupan yang sentiasa bersandarkan kepada cara hidup nomad, samada dalam pertanian,pemburuan dan ternakan untuk memenuhi keperluan hidup.
Tetapi kehidupan hadharahsebaliknya, malah keperluan kehidupan banyak tertumpu kepada unsure - unsur bercorak teknologi, termasuk industry dan perdagangan. Ibn Khaldun dalam hal ini menggunakan dua istilah utama dalam memerihalkan tamadun, iaitu umran dan hadharah. Beliau mengguankan perkataan umran menerangkan sifat - sifat tamadun, iaitu sifat - sifat yang merujuk kepada kawasan tanah yang didiami orang secara tetap dalam keadaan berkembang subur lagi makmur dan terdapat binaan - binaan bangunan dan kota - kota yang didirikan oleh pemerintah - pemerintah. Manakala isitlah hadharah pula merujuk kepada kehidupan yang menetap. Kehidupan seperti ini menunjukkan asas kepada perkembangan tamadun.

Pengenalan Tamadun Islam

Agama Islam yang mencukupi pelbagai aspek kehidupan telah diamalkan oleh umatnya dengan mencapai suatu kemajuan yang tiada tolok bandinganya di dunia ini. Pencapaian kemajuan tersebut dipanggil dalam sejarah sebagai tamadun. Perbincangan tentang tamadun Islam adalah perbincangan yang memusatkan perhatian terhadap peningkatan dan kemajuan cemerlang masyarakat Islam. Tamadun bukanlah sekadar meninjau semula aspek sejarah kecemerlangan umat Islam pada masa lampau, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kecemerlangan tersebut dapat dicapai, kenapa dan mengapa umat Islam maju?

Oleh yang demikian,membincagkan serta menghuraikan faktor - faktor kejayaan tamadun Islam pada abad ke 8 hingga 12 Masihi bukanlah bererti harus kembali semula ke zaman silam, tetapi abstrak kecemerlangan tersebut dapat diguna pakai pada zaman moden ini.