Empayar Utmaniah

Empayar Utmaniah

Monday, July 5, 2010

Penubuhan Universiti dan Sekolah


Penubuhan pusat pendidikan Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad lagi apabila sekumpulan sahabat nabi tinggal di masjid dan menumpukan masa dan tenaga mereka kepada ilmu pengetahuan khasnya berkaitan dengan agama. Selepas itu lahir pula sistem kuttab di mana kanak-kanak diajar membaca dan menulis bersama dengan pelbagai ilmu yang berkait dengan al-Qur’an dan al-Hadith. Sistem pendidikan berkembang dan berpusat di masjid.

 Sehingga abad ke 4H, berlaku satu perubahan besar di Naisabur apabila sistem madrasah diperkenalkan di perkarangan masjid. Sistem ini akhirnya bergerak maju sehingga beberapa buah institusi pendidikan tinggi diperkenalkan seperti di Nizamiyyah, Qairawan dan al-Azhar di Mesir. Kemajuan pusat pendidikan tinggi ini juga menggambarkan kemajuan ilmu pengetahuan yang ada pada masa itu.

No comments:

Post a Comment